Asas-Asas (Basic) Pen Spinning

Hai! I'm back with another post.

Post kali ni saya olah dalam Bahasa Malaysia since saya pun dari Malaysia. Dalam post ni saya akan rojak BM dengan BI yang tak berapa nak formal sebab itulah salah satu keindahan Malaysia, bahasa rojak.

Jadi, apa itu pen spinning? Anda mesti pernah lihat kawan-kawan anda ataupun rakan sepejabat anda memusing dan memutar pen mereka seperti dalam video di bawah:


Tipulah kalau anda tidak pernah lihat kawan-kawan anda memutar pen mereka seperti di dalam video di atas. Tetapi, di dalam video tersebut hanyalah trick asas untuk pen spinning. Terdapat banyak lagi benda yang boleh di-explore dalam dunia pen spinning.

Jadi apakah asas-asas pen spinning seperti yang dinyatakan pada tajuk? Dalam posting blog kali ini, saya akan bercakap serba sedikit berkaitan dengan trick asas (basic tricks) pen spinning, terma yang digunakan oleh komuniti pen spinning, tips untuk pemula atau starter dan beberapa perkara lain. 

Trick Asas

Jadi bagaimanakah anda boleh memulakan perjalanan anda sebagai pen spinner? Terdapat empat trick asas di dalam pen spinning dan trick asas ini akan diubah dan dimanupulasi dari pelbagai aspek untuk membuat variasi dan juga hybrid trick.

Terdapat empat trick asas dalam pen spinning:

1. Thumbaround

Thumbaround adalah trick di mana pen berputar di atas ibu jari anda. Oleh itu, ibu jari (thumb) dan sekitar (around) adalah dua perkataan yang membentuk trick ini. Pada jari yang berlainan, perkataan thumb ditganti berdasarkan jari yang membuat trick around tersebut. Sebagai contoh: index around untuk trick around yang dibuat di jari telunjuk dan seterusnya middle (jari hantu), ring (jari manis) dan juga pinky (jari kelingking).

2. Fingerpass

Fingerpass adalah trick  di  mana anda memindahkan pen dengan memasukkan pen dari satu slot jari ke slot jari yang lain menggunakan 0.5 rotasi ke atas atau ke bawah. Kebiasaannya, kebanyakan orang akan menghadapi masalah atau kesukaran untuk membuat pass ke slot jari antara jari manis dan jari kelingking kerana kedua-dua ini jarang digunakan dalam aktiviti harian dan akan mengambil sedikit masa untuk seseorang mahir dalam trick Fingerpass dan mempunyai flow yang cantik semasa membuat trick tersebut.

3. Sonic

Sonic pula adalah trick di mana anda memindahkan pen dari satu slot jari ke slot jari yang lain dengan memutarkan pen ke tepi di dalam bentuk kon (conical motion) sebanyak 0.5 putaran. Berbeza dengan Fingerpass, Sonic tidak akan menyentuh jari di tengah ketika trick dilakukan semasa pemindahan pen berlaku ke slot jari yang lain.

4. Charge

Trick ini tidak melibatkan pusingan pada mana-mana jari ataupun melibatkan pemindahan pen tetapi pen tersebut hanya berpusing di dalam slot jari sahaja. Pusingannya sama seperti pusingan sebelum pemindahan pen untuk trick Sonic.

Terma Yang Digunakan

Terdapat beberapa terma yang biasa digunakan di dalam pen spinning, seperti:

Pen spinner: Terma ini merujuk individu yang memutar pen sebagai hobi.

Combo/Kombo: Ini merujuk kepada jaringan beberapa trick yang digunakan untuk membuat satu kombo pendek atau panjang. Di dalam pertandingan, terdapat beberapa set kombo pendek ataupun mini combo yang telah dirangka dan dijaringkan untuk membuatkan keseluruhan kombo menjadi kuat.

Freestyle (FS): Dalam Bahasa Malaysia, ia disebut sebagai gaya bebas. Ia juga merujuk kepada kombo, tetapi freestyle adalah kombo yang dibuat secara rawak.

Mod atau Pen Mod: Pen Mod adalah pen yang telah diubahsuai dengan tujuan untuk diputar.

Modding: Modding merujuk kepada perbuatan mengubahsuai pen dengan tujuan memutarkannya. 

Single Capped (SC): SC merujuk kepada mod yang menyerupai seperti pen biasa yang telah diubahsuai.

Double Capped (DC): DC merujuk kepada mod yang tidak kelihatan seperti pen biasa, tetapi bentuknya lebih kepada seperti baton.

Tips Untuk Pemula

Jika anda tertanya-tanya bagaimanakah atau di manakah anda boleh rujuk untuk belajar cara-cara memutar pen, anda boleh merujuk video-video yang sedia ada di Youtube. Anda boleh menggunakan frasa-frasa yang disebutkan di bawah sebagai langkah pertama:

  • Pen spinning tutorial
  • Thumbaround tutorial
  • Sonic tutorial
  • Charge tutorial
  • Fingerpass tutorial
Sekiranya video lain yang dipaparkan selepas anda menekan butang Search, anda boleh tambahkan perkataan -pen spinning selepas tutorial untuk mendapatkan video yang lebih tepat. Untuk mendapatkan video tutorial yang lebih tepat dan komprehensif, anda boleh lihat video tutorial oleh KTrinh93.

Pada awalnya, pen spinning boleh kelihatan susah disebabkan ia pergerakan pen yang awkward di tangan anda. Tetapi, anda akan terbiasa dengan pergerakan tersebut setelah beberapa waktu. Anda juga boleh merujuk kepada ilustrasi yang dibuat oleh Megas daripada komuniti Perancis (FPSB).


Di Manakah Anda Boleh Mendapatkan Mod?

Buat masa ini, masih tiada kedai-kedai yang menjual pen yang khusus untuk pen spinning melainkan Zhigao yang dijual di Shopee. Selebihnya, anda perlu membeli bahan-bahan mod ataupun mod yang telah lengkap diubahsuai di:
  • Penwish (Amerika, kos penghantarannya agak mahal)
  • SpinWorlds (Jerman)
  • Spin Studio (Thailand)
  • Taobao (sekiranya anda boleh membaca Bahasa Cina, kos penghantarannya adalah yang paling murah berbanding semua pilihan yang diberikan di atas)
Bagi Taobao, terdapat pelbagai kedai yang menjual mod dan bahan-bahan yang digunakan untuk modding. Anggap ia seperti Shopee atau Lazada, tetapi dari China.

Ini hanyalah serba sedikit penjelasan saya mengenai asas-asas pen spinning. Anda juga perlu melakukan trick atau kombo tersebut secara berulang untuk membiasakan diri dengan pen dan pergerakannya.

Sertai kami di platform sosial media:

Comments

Popular posts from this blog

Malaysia's Video For World Cup 2020

2020 Recap

BMT2020 Final Results